Ayam Berempah Ala Sate



Bahan-bahannya 
1/2 ekor ayam
Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka
caranya
  • Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga
    hancur.
  • Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
    Selamat mencuba